CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 6, 2009

KISAH PENCURI KUIH...

Ingat lagi? Ada satu iklan ni..siapa punya kuih..huhuuu

:) Seorang wanita sedang excited balik ke kampung untuk beraya...wanita itu menyanyi dan menari disepanjang perjalanannya menuju ke stesen keretapi. Memandangkan ketika itu dia sedang puasa, keletihan melanda dirinya...Setelah terlalu penat dan letih berjalan kaki, wanita tersebut singgah di sebuah gerai menjual kuih (cekodok) lalu membeli sebungkus kuih cekodok tersebut.

:) Wanita tersebut meneruskan perjalanannya dalam keadaan keletihan dan kepenatan. Emosi, pemikiran dan perasaannya mula menjadi tidak keruan. ABC semangkuk kelihatan sebesen. Aiskrim kecil kelihatan besar...letih tahap dewa la katakan. Apatah lagi waktu tu dia tengah puasa..

:) Masih ada sedikit masa sebelum keretapi tiba..Wanita tersebut duduk di suatu sudut sementara menunggu keretapi tiba..Dalam keasyikannya, dia melihat lelaki disebelahnya dengan begitu berani mengambil sebiji kuih cekodok yang berada diantara mereka. Wanita tersebut mencuba mengabaikan agar tidak terjadi kekecohan...

:) Agaknya wanita itu sempat berfikir: "Kalau aku bukan orang baik sudah ku berikan dia sebijik penumbuk!". Seterusnya wanita pun bertindak merebut kuih itu dan berfikir: “Ya ampun orang ini berani sekali, malah ia tidak berterima kasih”. Belum pernah rasanya dia begitu kesal. Wanita tu menghela nafas lega saat tibanya keretapi.

:) Tanpa berfikir panjang, wanita tersebut mengumpulkan barang miliknya termasuk beg kuih lalu menuju pintu keretapi, kemudian menoleh pada "si Pencuri tak tahu terima kasih" dengan muka seperti singa lapar..seterusnya dia berasa lega. Fuhh..Dia naik keretapi dan duduk di kursinya. Saat tiket diperiksa, wanita ia membuka begnya...................
Dia menahan nafas dengan cemas kerana.....di dalam begnya ada beg kuih yang semestinya miliknya!!! Opss..kuih milikku ada disini?? fikirnya dengan patah hati. Jadi kuih tadi adalah milik lelaki itu..Terlambat untuk minta maaf, ia tersandar sedih. Bahwa sebenarnya dialah yang tak tahu terima kasih. Dan dialah pencuri kuih itu!!!

Moral of the story...
Dalam hidup ini kisah pencuri kuih sering terjadi. Kita sering berprasangka dan melihat orang lain dengan kacamata kita sendiri..

Orang lainlah yang selalu salah
Orang lainlah yang patut disingkirkan
Orang lainlah yang tak sedar diri
Orang lainlah yang berdosa
Orang lainlah yang selalu menimbulkan masalah
Orang lainlah yang mesti diberi pengajaran
dan banyak lagi keburukan orang lain...

Padahal

Kita sendiri yang tidak sedar diri
Kita sendiri yang tidak tahu berterima kasih.
Kita sendiri sering mempengaruhi, mengkritik, mencemuh pendapat, membuat penilaian terhadap orang lain, walhal diri kita sendiri yang tidak betul.
FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT BERAMAL :)